Friday, June 5, 2009

fitnah!!

aku begitu tertarik dengan isi khutbah jumaat yang dibaca oleh ayah tadi.isi khutbah harini menyebut tentang fitnah.fitnah..satu sifat yang tercela,perkara ini dilakukan oleh seseorang untuk memburukkan nama baik seseorang yang lain.

jika pemimpin yang kena fitnah..maka jatuh lah kepimpinannya,jika guru kena fitnah maka jatuhlah kewibawaannya sebagai seorang guru dan jika pasangan suami isteri kena fitnah..maka hancurlah hubungan mereka.

tambahan pula,pada era yang serba canggih ini..fitnah mudah disebarkan.melalui sms,email dan sebagainya.Allah melarang orang yang menfitnah dan mencari kesalahan orang lain.
kata Allah
"dan jangan kamu mengintip dan mencari kesalahan orang lain"
kita kena sedar bahawa mencari kesalahan orang lain bukan dapat menyelesaikan masalah kita malah dapat menimbulkan lebih banyak masalah.

natijahnya,fitnah ini dapat menimbulkan peperangan antara kaum islam..apatah lagi kita di malaysia ini mempunyai kaum yang majmuk.sehubungan dengan itu,berhentilah menyebarkan fitnah dan fitnah ini amat bahaya.
kata Allah
"fitnah itu lebih ngeri daripada pembunuhan"

Thursday, June 4, 2009

pengalaman

alhamdulillah akhirnya dapat juga kami sekumpulan membuat lawatan ke negeri perak..di perak banyak pengalaman pertama yang saya dapat..
  1. snorkling
  2. racing boat
  3. menjadi "hero dengan hakim"
  4. pusing satu pulau
dan saya rasa banyak lagi pengalaman yang saya dapat masa di perak..dan yang paling penting..hubungan siaturahim antara kami semua semakin erat..ini lah antara objektif kami membuat lawatan..
Rasulullah bersabda:
"Tidak sempurna iman manusia sehingga mereka mengasihi saudaranya seperti mana mengasihi dirinya"

video ini menceritakan segala perjalanan kami..