Tuesday, May 15, 2012

hari nakbah dan kita.

"hari ni 15 mei,hari nakbah" berkata seorang lelaki kepada sahabatnya.

"hah?hari nakbah?hari apa tu?cuti ke tak?"jawab seorang sahabat kepada lelaki tadi.

Lama saya termenung,termenung kerana pemuda islam tidak tahu apa hari nakbah, atau adakah hari nakbah bukan satu topik yang penting untuk diketahui?

Sabda Rasulullah. 
'Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri'
  
Sedikit perkongsian tentang hari nakbah,nakbah bermaksud  malapetaka yang merujuk kepada  hari pencerobohan dan pemusnahan bandar-bandar dan kampung di Palestine oleh tentera regim Zionis laknatullah.Dalam peristiwa ini,regim Zionis telah bertindak secara zalim terhadap Negara Palestine dan rakyatnya.

Mereka mengusir rakyat pelestine menjadi sebagai pelarian yang angkanya mencecah ratusan ribuan.580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung.Rumah,ladang,harta benda bahkan nyawa rakyat Palestine seperti tidak ada nilai disisi mereka.

 Hari ini sedang berlakunya mogok lapar di penjara Israel oleh banduan-banduan Palestine.Mogok lapar berlaku kerana Israel telah menyekat hak-hak sebagai seorang banduan kepada banduan Palestin antaranya hak untuk dilawati dan hak pendidikan.Dimata saya mereka bukanlah seorang banduan akan tetapi mereka adalah  seorang pejuang yang ingin melihat ISLAM terus kekal di Baitul Maqdis.

Sebagai seorang Muslim,wajib untuk kita memberikan sokongan kepada meraka yang juga saudara seIslam kita.Tidak perlu mengangkat senjata untuk berperang jika tidak mampu.Hanya mengangkat tangan berdoa untuk mereka dan  memberi sokongan moral biar rakyat Palestine tahu bahawa mereka bukan berseorangan.

Sehingga hari ini,penderitaan rakyat Palestine belum lagi berakhir, tetapi ingat wahai Rejim Zionis laknatullah!!perjuangan  rakyat Palestine juga belum berakhir,semangat mereka  tidak pernah luntur dan mereka akan berjihad sehingga tidak ada seorang pun yahudi di Bumi Palestine.Apa yang mereka cari adalah menang ataupun syahid!!

Ya!janji Allah pasti benar.Kemenangan Palestine akan berpihak kepada umat Islam.Syaratnya,tentera Islam pada hari ini mestilah mempunyai ciri-ciri seperti tentera Saidina Umar ketika mereka memasuki Baitul Maqdis untuk kali yang pertama dan renungilah ciri-ciri tentera Salahuddin Al-ayubi ketika mereka memasuki Baitul Maqdis untuk kali kedua.

wallahua'lam.