Friday, December 21, 2012

Save Palestine


Salam.

Sebenarnya sudah lama ingin mengupdatekan blog ini,tapi tak tahu mengapa tidak terupdate..ehehhh.

Ucapan pertama saya,Alhamdulillah.Alhamdulillah kerana saya melihat rakyat negara kita masih ramai yang cakna tentang isu Palestin dan Syria dari segi wang,kudrat dan apa-apa sajalah.Ada juga yang berdiri di khalayak ramai dan tengah-tengah panas untuk mengutip derma untuk Palestin.wow!hebatlah diorang.

Namun begitu,ada juga yang tidak faham akan isu Palestine ini,kawan saya menceritakan,ketika dia dan teman-teman berdiri di hadapan mcdonald dengan memegang bendera palestine dan mafla save palestine...kononnya macam buat demola..seorang pekerja mcd keluar lalu macam mengejek kerja-kerja mereka..haih..apa punya orangla mereka ni.Semoga Allah bagi kesedaran kepada meraka dan kita juga.

Kita tidak berkemampuan untuk ke Palestine dan berperang bersama mereka,sekurangnya kita support mereka dengan cara kita.Isu Palestin  satu isu yang Allah nak uji bukan saja Rakyat Palestine,malah Allah juga sedang menguji kita yang bersaudara dengan mereka.

Jika kita seorang hartawan,ayuh!infaqkan sedikit harta kita untuk Palestin
Jika kita seorang wartawan,ayuh!buat sedikit liputan untuk Palestin
Jika kita seorang daei,ayuh!sentiasa sebut sedikit isu palestin
Jika kita seorang remaja,ayuh!update sedikit idi facebook isu Palestin

Semoga dengan sedikit itu kita jadi seperti sedikit Burung Ababil yang mampu menewaskan gajah yang besar lagi gagah!

Jadikan isu Palestin isu kita semua.Moga ada sedikit balasan dariNya.Insya Allah.