Friday, December 21, 2012

Save Palestine


Salam.

Sebenarnya sudah lama ingin mengupdatekan blog ini,tapi tak tahu mengapa tidak terupdate..ehehhh.

Ucapan pertama saya,Alhamdulillah.Alhamdulillah kerana saya melihat rakyat negara kita masih ramai yang cakna tentang isu Palestin dan Syria dari segi wang,kudrat dan apa-apa sajalah.Ada juga yang berdiri di khalayak ramai dan tengah-tengah panas untuk mengutip derma untuk Palestin.wow!hebatlah diorang.

Namun begitu,ada juga yang tidak faham akan isu Palestine ini,kawan saya menceritakan,ketika dia dan teman-teman berdiri di hadapan mcdonald dengan memegang bendera palestine dan mafla save palestine...kononnya macam buat demola..seorang pekerja mcd keluar lalu macam mengejek kerja-kerja mereka..haih..apa punya orangla mereka ni.Semoga Allah bagi kesedaran kepada meraka dan kita juga.

Kita tidak berkemampuan untuk ke Palestine dan berperang bersama mereka,sekurangnya kita support mereka dengan cara kita.Isu Palestin  satu isu yang Allah nak uji bukan saja Rakyat Palestine,malah Allah juga sedang menguji kita yang bersaudara dengan mereka.

Jika kita seorang hartawan,ayuh!infaqkan sedikit harta kita untuk Palestin
Jika kita seorang wartawan,ayuh!buat sedikit liputan untuk Palestin
Jika kita seorang daei,ayuh!sentiasa sebut sedikit isu palestin
Jika kita seorang remaja,ayuh!update sedikit idi facebook isu Palestin

Semoga dengan sedikit itu kita jadi seperti sedikit Burung Ababil yang mampu menewaskan gajah yang besar lagi gagah!

Jadikan isu Palestin isu kita semua.Moga ada sedikit balasan dariNya.Insya Allah.


Friday, November 9, 2012

ampunkan aku,Allah..maafkan aku,sahabat.

Lama sudah tidak bertemu dengannya.

Aku terus ke bilik air untuk menguruskan wajahku agar nampak berseri.

Bila berhadapan dengannya,aku tegur dia,

"Sehatkah?"

Dia membalas, "sehat" beserta dengan wajah yang kurang manis seperti marah kepada aku.

Dia kemudian menghampiri motosikalnya dan terus menunggang membelah jalanraya meninggalkan aku.

Kecewa dan sedih.

Duup,aku tersedar.Ya allah aku bermimpi rupanya.

Mimpi yang memberi kesan kepada saya,walaupun hanya mimpi.

Kami berkawan kerana Allah.Mungkin saya kurang berbaik dengan Allah maka dia tidak ingin berbaik2 dengan saya.

Friday, November 2, 2012

hari kelahiran

Bismillah

Pagi yang cantik dan berseri-seri,metahari muncul membelah awan mengikut perintah yang Maha Kuasa.Alhamdulillah,sudahkah anda menyebutnya hari ini?Alhamdulillah kemudian Alhamdulillah kemudian Alhamdulillah, dulu kini dan selamanya.Juga selawat dan salam ke atas Rasulullah.

Hari ini umur saya 21tahun dan 1hari,maknanya kelmarin bufday saya.Terima kasih yang mengwishkan saya dan mendoakan saya,lebih 40 orang insyaallah makbul doa sahabat semua.ameen.Hadiah?Party bufday?

Hadiah dapat satu *heee dan party bufday sahabat saya meraikannya dengan satu botol twister dan satu botol gula-gula.hebatkan!itu cara mereka.

Itu semua hanya sampingan,bahkan jika disambut dengan cara yang dilarang islam,haram jadinya.brrrrr...yang penting jika kita diberi umur yang panjang,semakin bertambah keyakinan kita kepada Allah dan semakin dekat kita dengan Allah.

Jangan pula semakin menyombong dengan Allah!

Oh ya,,ramai juga sahabat yang suruh dan mendoakan saya semoga cepat kawen yawww..brrrr..sekali lagi getaran jiwa berlaku~*heee..saya hanya mampu ameen.Mungkin perlu memperkemaskan IM jika ingin berBM.



Sanah Helwah untuk ana!

IM-individu muslim
BM-baitul muslim

Sunday, October 7, 2012

cuti,cuti,cuti.

Kebiasaan student bila daftar semester baru dan dapat jadual jer,mula la yang membuat tenungan mata yang tajam ke arah tarikh cuti dan berdoa agar hari itu datang secepat mungkin.mungkin ada yang dah tempah tiket untuk balik bercuti.amboi~~

Tetapi bila sedang bercuti,mulala nak update status facebook "ala,,boringnya cuti lama2" "cuti yang membosankan" "cuti ni asyik bergaduh dengan adik jer".aik?boring ke?mana semangat nak cuti?

Oleh kerana itu,saya ada sedikit tip(ke tips?) dan ingin kongsikan untuk kita yang sedang bercuti.

Pertama.
 Membaca bahan ilmiah sebagai makanan(chiken chop) untuk rohani.Mungkin ada antara kita yang masa study tak sempat pun nak membaca buku-buku ataupun artikel yang diluar bidang yang kita duk study,contohnya,buku-buku agama,artikel kat website(langitilahi,anglepakaigucci and bla bla bla).Maklumlah study rajin sangat sebab semuanya nak dapat pointer bagus sampai tak ingat nak mentarbiahkan diri.Hello~nak pointer je ke yang bagus?

Kedua.
 Membuat kebajikan untuk keluarga,"bang..kita kena bagi duit eh kat keluarga kita?".erk.Bukan itu maksudnya,kebajikan samala dengan menolong.Apa salahnya kita balik jarang-jarang kita menolong mereka terutamanya kedua ibubapa kita.adik..abang..kakak tu..kat kolej boleh pula buat kerja-kerja amal..takkan untuk keluarga tak boleh kot~hehe(suka jahat)

Sedikit bukan?seperti yang saya janjikan lah.Insyaallah dua cara itu mengurangkan keboringan anda tahap gaban.Mungkin banyak lagi perkara yang bermanfaat yang bisa kita lakukan ketika bercuti dan itu anda fikirlah sendiri,kuasa ditangan anda.Ma'assalamah.

"Manusia yang baik pada manusia tapi tidak baik pada pencipta manusia ia bukan orang yang baik" -Ustaz Pahrol
                                                                                                             


 











Monday, September 17, 2012

lapar,makanlah.bosan,berjalanlah.


"Di,susohlah nok ngule,,ngule2 tok ingat pulok(al-quran)"Saya mengadu kepada kawan saya.

"gini bil,demo lapar pah demo make,demo lapar pulok pah demo make pulok,quran pun macam tulah,tok ingat ulang lagi,ulang lagi"Jawab dengan muka sempoi sambil minum air teh cicoh sekut tawar.

Cutekan jawapan dia bagi,tapi itulah hakikatnya.Lapar makanlah,nak bagi ingat(hafalan) ulanglah.Ilmu pun macam tu juga,semakin kita mencari semakin banyak yang kita peroleh,tapi pastikan ilmu yang bermanfaat yer.

Ilmu tak datang kalau tak dicari,nak cari kena rajin,rajin itu lawannya malas,malas itulah kita kena lawan!itulah yang susah untuk saya lawan,aduhh..

"Ya Allah,Kau jauhilah kami daripada sifat malas"

Selain Ilmu,pengalaman juga sangat penting.Belajar di mana pun,Eropah ke,Arab ke,di Malaysia sekali pun,carilah pengalaman.Tanpa pengalaman kita ibarat dilepaskan di lautan dengan peralatan yang cukup dan perahu yang baik,namun belum tentu kita dapat merentasi lautan tanpa ada pengalaman.  

itu saja.wassalam.

 





Friday, September 7, 2012

pesanlah.

bismillah,allahuakbar,allahurabbi.

Teringat kata-kata abang senior,"bil,nak hafal quran mudah,nak mengulang tu yang susah".

Saya mengakuinya.

"Ya Allah,kau bagilah kekuatan kepada hambaMu dan janganlah kau letihkan hambaMU pada menjaga ayat-ayat suciMu ya Allah,Kau bukakanlah hati hambaMU untuk sentiasa rapat dengan Al-quran,Kau perelokkan akhlak hambaMu seperti ayat-ayat suciMu ya Allah"

"anta kena membumikan Al-quran didalam diri anta"-Pesan Hilal Asyraf padaku saat bertemu dengan dia

"anta kena kuat"-pesan Ust hasrizal padaku di pesta buku KL


Mungkin pesan-pesan mereka aku lupa jika tidak ada yang re-pesan balik untukku.Tolonglah aku.




Hati gelisah~

Thursday, July 12, 2012

Kahwin

bismillahirrahmanirrahim,,sekian lama menyepi rasa pula nak update*biarla tak de orang baca pun.kali ni mungkin pelik sebab post tentang kahwin.pelikke??yela, saban hari duk terima jemputan kahwin dari kawan-kawan yang seumur malah ada yang dah kahwin.Alhamdulillah dan tahniah.

Apabila ditanya oleh anak sedaraku,

"bila ayah bil nak khawin?"

dan aku tidak mampu untuk menjawabnya.tapi kenapa?kenapa!!?kenapa!!!?..

1.adakah aku tak boleh "langkah bendul" abang2ku dan kakak2ku yang belum khawin.
2.adakah aku duk mengaji lagi.
3.adakah aku takde calon.

waallahua'lam,saya pun tiada sebab.

saya juga tidak pernah berbual dengan sahabat2 tentang "bila nak khawin?" secara serius.serius!*malu la~~
mungkin saya juga tak perlu fikir lagi bab nikah khawin.sudah masa tibanya kita ikhtiarlah.bukan bermakna saya tidak mahu khawin sekaligus terus menolak sunnah rasulullah s.a.w. yang paling ramai orang ikut,cuma nak siapkan diri supaya perkahwinan itu menjadi sebuah perkahwinan yang mawaddah wa rahmah.ameen.


Tuesday, May 15, 2012

hari nakbah dan kita.

"hari ni 15 mei,hari nakbah" berkata seorang lelaki kepada sahabatnya.

"hah?hari nakbah?hari apa tu?cuti ke tak?"jawab seorang sahabat kepada lelaki tadi.

Lama saya termenung,termenung kerana pemuda islam tidak tahu apa hari nakbah, atau adakah hari nakbah bukan satu topik yang penting untuk diketahui?

Sabda Rasulullah. 
'Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri'
  
Sedikit perkongsian tentang hari nakbah,nakbah bermaksud  malapetaka yang merujuk kepada  hari pencerobohan dan pemusnahan bandar-bandar dan kampung di Palestine oleh tentera regim Zionis laknatullah.Dalam peristiwa ini,regim Zionis telah bertindak secara zalim terhadap Negara Palestine dan rakyatnya.

Mereka mengusir rakyat pelestine menjadi sebagai pelarian yang angkanya mencecah ratusan ribuan.580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung.Rumah,ladang,harta benda bahkan nyawa rakyat Palestine seperti tidak ada nilai disisi mereka.

 Hari ini sedang berlakunya mogok lapar di penjara Israel oleh banduan-banduan Palestine.Mogok lapar berlaku kerana Israel telah menyekat hak-hak sebagai seorang banduan kepada banduan Palestin antaranya hak untuk dilawati dan hak pendidikan.Dimata saya mereka bukanlah seorang banduan akan tetapi mereka adalah  seorang pejuang yang ingin melihat ISLAM terus kekal di Baitul Maqdis.

Sebagai seorang Muslim,wajib untuk kita memberikan sokongan kepada meraka yang juga saudara seIslam kita.Tidak perlu mengangkat senjata untuk berperang jika tidak mampu.Hanya mengangkat tangan berdoa untuk mereka dan  memberi sokongan moral biar rakyat Palestine tahu bahawa mereka bukan berseorangan.

Sehingga hari ini,penderitaan rakyat Palestine belum lagi berakhir, tetapi ingat wahai Rejim Zionis laknatullah!!perjuangan  rakyat Palestine juga belum berakhir,semangat mereka  tidak pernah luntur dan mereka akan berjihad sehingga tidak ada seorang pun yahudi di Bumi Palestine.Apa yang mereka cari adalah menang ataupun syahid!!

Ya!janji Allah pasti benar.Kemenangan Palestine akan berpihak kepada umat Islam.Syaratnya,tentera Islam pada hari ini mestilah mempunyai ciri-ciri seperti tentera Saidina Umar ketika mereka memasuki Baitul Maqdis untuk kali yang pertama dan renungilah ciri-ciri tentera Salahuddin Al-ayubi ketika mereka memasuki Baitul Maqdis untuk kali kedua.

wallahua'lam.

Monday, April 30, 2012

Bersih three point zero

Bismillah.

Saya tak tahu apa yang perlu saya ceritakan tentang Bersih 3.0 cuma saya rasakan Bersih 3.0 berjaya dilakukan.saya tak kisah orang nak kata saya semangat lebih atau apa,yang penting saya berdiri ditengah lautan kuning bersama dengan semua jenis golongan orang yang hadir.kanak-kanak,mahasiswa,muslimah,pak cik dan makcik semua turun.

saya tak menyesal walaupun dapat menghirup 'segar' racun berasap,kena kejar polis,jalan jauh.itu semua biasa!lagikan makcik yang datang bersama anak2 kecil mampu buat aku anak muda takkan tak boleh.kenapa mereka sanggup bawa anak2 kecil?fikirlah sendiri.

kami hanya nak duduk bantah saja secara aman tetapi gas pemedih yang kami dapat,air kimia yang kami dapat.saya percaya kalau polis tidak lakukan provokasi pendemo hanya akan duduk bantah secara aman.

pandangan saya rakyat Malaysia masih lagi baik kerana tidak berlaku ganas kepada pihak polis,polis kejar kita lari dan kita tak kejar polis balik walaupun pendemo lebih ramai berganda daripada polis, tapi bukan itu yang kami mahu.

saya tak nak cerita apa yang berlaku kat saya kerana apa yang berlaku kat orang lain saya pun kena cuma saya tak kena pukul dan tangkap je dan saya rasakan Bersih 3.0 merupakan satu menifestasi rakyat untuk melihat proses pilihanraya di Malaysia  bersih dan adil.

"kalu seorang wakil rakyat yang mene pilihanraya dengan cara tipu atau guna pengundi hantu maka cara mene itu berdosa,duit2 gaji hok dia guna pun jadi haram"-tok guru nik aziz

Tuesday, April 10, 2012

Van persie jadi seksi

salam.

Post kali ini saya nak ceritakan sikit kisah saya..ye la kan..takkan nak ceritakan kisah orang lain pulak..ngumpat la jadinya..hehe.diorang ada blog sendiri..diorang cerita la sendirikan..huahuahua..ok cukup.haritu saya dan kawan saya pergi la tengok bola,rasanya masa tu Arsenal Vs Qpr.kitaorang tengok tempat biasala kitaorang duk tengok selalu di medan selera kawasan Panchor.

Biasalakan  medan selera selalunya pelayan kedai orang perempuan dan pakai pun kurang sopan sikit la(walaupun MPKB-BRI dah warning).ada sorang kakak ni(pelayan kedai),dia tak pakai tudung dan bajunya agak ketat la sikit.masa kitaorang duk tengok bola dia duk dekat tempat casher depan sikit pada saya.

Nak dijadikan cerita,masa tu van persie(pemain arsenal) dikawal ketat oleh pemain Qpr.saya pun katala kat kawan saya,

"ketatnyo ore jago van persie"

Tak sampai seminit pun tiba-tiba jer kakak tadi tu masuk dalam kedai dan selang beberapa minit kakak tu keluar balik dengan pakai tudung.Saya agak pelik sebab kalau tiba-tiba pelayan kedai pakai tudung tandanya ada pegawai MPKB buat rush,tapi saya intai sini sana takde pun.Takpa,saya pun sambung la tengok bola.

Saya terperasan kawan saya duk suka..ekekekeke..bunyinya lebih kurang macamtu la.hehe.Saya tanya,

"bakpo mu suko sa?"

dia jawab,
"kakak tu dengar mu oyak ado ore pakai ketat seksi"

saya pun tergamam,
"huh jolo eh,dio silap dengar tu kot..haha,nok kata lagi buleh dop?"

Kesimpulannya,hidayah itu milik Allah dan kepada sapa dia nak bagi dia buleh bagi tak kira masa mana cara mana sekali pun.sekian.

p/s-Arsenal kalah malam tu,2-1..kecewa~~




Saturday, March 10, 2012

apa tajuknya?

salam mesra.

Hari ni rasa mahu nak update blog tapi tak tahu apa tajuknya dan apa isinya.beruntunglah meraka yang sentiasa dapat update blog diorang,sentiasa ada modal untuk diceritakan.saya???sebulan sekali dapat update blog pun dah rasa bersyukur.perlu idea yang lebih.

Idea,semua itu datang daripada Allah.nak menulis,nak ambil gambar,nak melukis semua perkara itu perlu kepada idea yang kreatif.seorang arkitek kalau tanpa idea macammana nak reka sseebuah binaan dan seorang ustaz kalau tidak ada idea macammana nak bagi ceramah.

Menjadi seorang penulis haruslah berhati-hati,apa catitan yang kita catit akan dicatit balik untuk dibentangkan pada hari perhitungan nanti.Menulislah demi memperjuangkan agama islam,tidak ada manfaatnya jika kita ada facebook,blogger,twitter tapi sentiasa duk cerita pasal keburukan orang lain.


Ingatlah,Idea yang Allah kurniakan kepada kita mestilah kita gunakan untuk perkara kebaikan.

firman Allah:
"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu  bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan"  


p/s-masih tok tahu nok buh tajuk gapo....




Saturday, January 21, 2012

sakit mata.

Bismillahirrahmanirrahim.


Hari ini hari ke 6 saya sakit mata dan nampak macam belum mahu sembuh.Tak bodohkan ucap alhamdulillah kitika sakit?.Alhamdulillah.Saya kira ini adalah ujian dari Allah dan kaffarah untuk diri saya walaupun hanya sakit mata.Rasulullah kesayangan kita semua bersabda:

"Tidak ada satu musibah pun yang menimpa diri seorang muslim, sama ada berupa kesusahan dan penderitaan, kesedihan dan duka cita mahupun penyakit, bahkan sebatang duri yang menusuk anggota tubuhnya sekalipun melainkan akan dihapuskan Allah sebahagian daripada kesalahan-kesalahannya dengan yang demikian itu." (Hadis Muttafaqun Alaih).

Rahmat disebalik penyakit 
Menerima sesuatu penyakit dengan hati yang ikhlas dan sabar akan membuatkan hati kita menjadi tenang dan sentiasa akan mengingati Allah serta merta menghapuskan tekanan yang ada dalam diri kita.
Sedar ataupun tidak,iman seseorang itu akan bertambah kukuh dengan mengingati allah dan menerima ujian dari Allah dengan penuh kesabaran dan tanpa merungut,kita telah berjaya menempuhi ujian dari Allah s.w.t.

Tengok filem Ombak Rindu?skrip Lisa Siruhani  "Redho itu ikhlas,Pasrah itu menyerah"


Kerana Allah itu Allah
Kita sebagai hambaNya sepatutnya terima saja apa-apa jenis ujian dengan hati yang terbuka.Kita hidup di bumi Allah dengan menggunakan nyawa Allah,menghirup udara Allah,layakkah kita untuk merungut kepada Allah setiap kali kita sakit?Kita duk makan nasi sebiji pun itu hak Allah kerana Allah itu Allah."sohko nok bersyukur,baco bismillah pun dok!".

*Peringatan untuk diri sendiri dan untuk hamba Allah