salam mesra.
Hari ni rasa mahu nak update blog tapi tak tahu apa tajuknya dan apa isinya.beruntunglah meraka yang sentiasa dapat update blog diorang,sentiasa ada modal untuk diceritakan.saya???sebulan sekali dapat update blog pun dah rasa bersyukur.perlu idea yang lebih.
Idea,semua itu datang daripada Allah.nak menulis,nak ambil gambar,nak melukis semua perkara itu perlu kepada idea yang kreatif.seorang arkitek kalau tanpa idea macammana nak reka sseebuah binaan dan seorang ustaz kalau tidak ada idea macammana nak bagi ceramah.
Menjadi seorang penulis haruslah berhati-hati,apa catitan yang kita catit akan dicatit balik untuk dibentangkan pada hari perhitungan nanti.Menulislah demi memperjuangkan agama islam,tidak ada manfaatnya jika kita ada facebook,blogger,twitter tapi sentiasa duk cerita pasal keburukan orang lain.
Ingatlah,Idea yang Allah kurniakan kepada kita mestilah kita gunakan untuk
perkara kebaikan.
firman Allah:
"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat
kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada
melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan"
p/s-masih tok tahu nok buh tajuk gapo....
No comments:
Post a Comment