Tuesday, April 27, 2010

terima kasih.

salam..oh masa sedang menjeloskan aku sekarang ini..mungkin ini post akhir setakat ini..tinggal beberapa minit lg untuk aku berada di rumah dan selepas ini aku akan ke darul quran panji.

terima kasih semua kawan2..yang banyak membantu diri ini,masuk mahad laki,bermula kelas p-4..aku ketika itu keliru sehingga lah berjumpa manusia bergelar sahabat..aku gembira kerana allah kurniakan aku sahabat2 yang sanggup bersama sampai mati.

kami makan bersama,kami tidur bersama dan kami beribadat bersama..itulah resepi ukhwah,tapi kami sebenarnya melakukan lebih daripada itu.kalau nak disenaraikan apa yang kami lakukan bersama,memang krismas kedua pun belum tentu habis.

kini kami terpaksa berpisah,selalunya kami bangun bersama-sama, jatuh bersama-sama.
nak buat macam mana,dah takdir allah.walaupun kita berjauhan..tapi dekat di hati.

"semoga berjumpa lagi"..uuuuuuuuuuu..uuuuuuuuuu...


Monday, April 26, 2010

kisah seorang guru

kisah bermula ketika aku sedang membantu cg.kasmah mengira kertas soalan peperiksaan..perbualan dimulakan oleh cg.

cg-sayo suko la awok g darul quran nabil..sejuk hati..dulu ada sore pelajar sayo..saya ingat lg kata2 dio,"sayo ngapa quran ni cg,senangkan diri saya..keluarga dan masyarakat".

aku menahan sebak didada..tambah2 ni hari last aku di sekolah..maka cg pom terus dengan ceritanya sambil membilang kertas.

cg-sayo g mekoh buat haji dulu..ketika di arafah..semua ore solat berjemaah..tok imam di depan tu anok murid sayo.namo dio amin..selepas solat..ore hok dok tepi sayo ni semua pakat puji sedap suara amin tuh.saya pun rasa bangga la.selepas semuanya selesai..sayo pom g jupok dio..sayo dalam keadaan sebak oyak dio..dulu saya mengajar awak dihadapan..loni..awok plok dok depe sayo jd tok imam..pahtu..amin pom oyak ko sayo.."cg..walaupun harini sayo jd imam..tapi cg sentiasa di hadapan saya".

mungkin sesiapa yang baca crita ini tidak fahamkan..tapi bg aku..penuh maknanya..satu cerita yang boleh dijadikan penyunting semangat..wahhh~~haha

"oh ho..aku kini rindu..pada satu nama yang berjasa..tuhan beri kekuatan..untuk mendidikku selamanya..ku pohon..restu kasihmu..ampunkanlah guru2ku"

Sunday, April 25, 2010

menanti detik.

itu lah yang sebenarnya.menanti detik untuk pergi,walaupun dekat tapi merasa jauh.Hari ini dan esok,hari yang masih tinggal untuk aku.lusa aku sudah berada di dalam satu kompleks di panji.tujuannya hanyalah satu..untuk melanjutkan pelajaran setelah lama berehat.

lusa..awalkan aku lapor diri??sahabat2 aku ada yang masih menunggu tarikh untuk lapor diri..ada yang menunggu upu..dan ada yang menunggu keputusan daripada MARA..dan masih lagi ada yang dilema..semoga semuanya berjaya.ameen.

selepas ini sudah pasti kita akan melangkah satu tapak daripada zaman persekolahan kepada zaman universiti tidak kiralah dimana kita berada dan dalam bidang apa sekali pun kita belajar.

"semoga semuanya cemerlang hakiki~"