Thursday, November 21, 2013

selamat berkenalan

Ammar, post ini saya tuju buatmu. Tidak pernah saya kenal batang tubuhmu apalagi sifat-sifat  mu sehinggakan pada  tarikh 4 november 2013, saya kenal wajah mu, tapi setelah engkau pergi menghadap Ilahi. Ramai yang mengenali dirimu setelah kamu pergi berbanding ketika kamu hidup disini (dunia).

Fikiran saya tidak menentu setelah ramai yang berkongsikan(share) melalui facebook tentang cerita kamu. Dalam fikiran saya ketika itu tentang kamu,

“Siapa dia ni?”

“Apa yang dia buat sampai dapat title syahid, jihad di syria?”

Setelah beberapa hari pemergianmu, saya mula menjadi stalker dan apa yang berkaitan denganmu, saya klik dan baca. Video yang dipublishkan gptdtv  pada youtube saya khatamkan. Sejujurnya, Sebelum membaca dan menonton video, andaian saya adalah kamu seorang pelajar jurusan agama. Saya salah!.

Walaupun usiamumu muda dari saya, saya teruja denganmu, rasa bangga dan hebat. Kamu sudah menjadi selebriti di langit. Pergimu tidak sia-sia, pergimu menjadikan aku lebih bersemangat untuk mengejarmu.

Jika diberi peluang bertemu denganmu(dalam mimpi), saya ingin tanya kamu,

“Amalan apakah yang menjadikan kamu diangkat darjat?.saya ingin tiru”

Aku tahu engkau sedang tenang disana.Assalamualaika.


         

Saturday, June 15, 2013

Teruja.

Labbaikallahummalabbaik....

Hah!kan dah cakap teruja.Allah,Allah,Allah.

Insyaallah,pagi esok saya akan berangkat ke Mekah dan Madinah untuk umrah bersama sahabat-sahabat.Semoga Allah permudahkan urusan kami pergi dan pulang.

Mekah tempat impian manusia seluruh dunia,hatta jika tanya kepada pencuri dia pun nak ke sana.Ada orang wangnya banyak,tapi tidak mampu ke Mekah(faktor masa),ada orang wangnya sedikit tapi sampai dulu di Mekah berbanding orang yang wangnya banyak.kan pelik gitu?

Tidak pelik pun.Mekah adalah Baitullah dan Allah menjemput siapa yang Dia mahu.Maka eloklah kita  berdoa kepada Allah agar kita dijemput. :)

Subhanallah,Alhamdulilah,Allahuakbar.








Tuesday, May 28, 2013

nasihat daripada orang yang gagal.

Ego,sombong dan takabbur merupakan adik beradik yang sangat bahaya.ya!mana tidaknya.Ia mampu menjadikan tikus yg bajet dirinya seekor gajah,eheh.

Insan yang bercouple dengan ego mungkin susah untuk ditegur,apalagi jika seseorang itu lebih rendah (pointer,pangkat,kerabat) daripadanya.Sentiasa ingat dirinya yang hebat.pheww.bajet hot.

Wahai sahabat!ketahuilah ada masa,kita berada di atas,ada masa kita di bawah.Tidak akan sentiasa di atas dan jangan sentiasa di bawah.boleh?

Nabi s.a.w. bersabda: "Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat".(bukhari)

Wallahua'lam.