Thursday, November 21, 2013

selamat berkenalan

Ammar, post ini saya tuju buatmu. Tidak pernah saya kenal batang tubuhmu apalagi sifat-sifat  mu sehinggakan pada  tarikh 4 november 2013, saya kenal wajah mu, tapi setelah engkau pergi menghadap Ilahi. Ramai yang mengenali dirimu setelah kamu pergi berbanding ketika kamu hidup disini (dunia).

Fikiran saya tidak menentu setelah ramai yang berkongsikan(share) melalui facebook tentang cerita kamu. Dalam fikiran saya ketika itu tentang kamu,

“Siapa dia ni?”

“Apa yang dia buat sampai dapat title syahid, jihad di syria?”

Setelah beberapa hari pemergianmu, saya mula menjadi stalker dan apa yang berkaitan denganmu, saya klik dan baca. Video yang dipublishkan gptdtv  pada youtube saya khatamkan. Sejujurnya, Sebelum membaca dan menonton video, andaian saya adalah kamu seorang pelajar jurusan agama. Saya salah!.

Walaupun usiamumu muda dari saya, saya teruja denganmu, rasa bangga dan hebat. Kamu sudah menjadi selebriti di langit. Pergimu tidak sia-sia, pergimu menjadikan aku lebih bersemangat untuk mengejarmu.

Jika diberi peluang bertemu denganmu(dalam mimpi), saya ingin tanya kamu,

“Amalan apakah yang menjadikan kamu diangkat darjat?.saya ingin tiru”

Aku tahu engkau sedang tenang disana.Assalamualaika.


         

No comments: