Sunday, January 23, 2011

ilmu di jalanan



Ok,hari ni saya dapat berbowling untuk kali pertama pada tahun 2011 dan dapat main bowling murah.rm 2.00 jer per game,itu pun sebab hari ini MTQN  cuti sempena hari maik kelmarin dan cuti diganti pada hari ini. Sebelum main bowling pusing kbmall satu round.berseorangan!boring!kalau dulu ada juga fawaz,nazri,aziz,asri,pokjak,juden,pe dan yang lain.ada diorang,tak mahu yang lain~~(sukala)


selesai pusing,masuk pacific bowl.bayar untuk 3 game rm 7.30.siap setting semua,buat balingan pertama,alah dapat spare jer.sampai balingan ke lima abang yang duduk lane sebelah saya tegur


"dik,bola tu letak rendah sikit"


abang kat sebelah baru jer siap main,siap dah simpan semua perkakas bowling dia.dia datang berdua dengan isteri dia kot.tapi kakak tu tak main.


saya terus baling  dan cuba la seperti abang tu cakap.ok la..habis baling saya pandang kat dia *senyum dan dia pun *senyum.


main game kedua diorang masih lagi ada kat belakang saya,diorang masih  perhati saya baling dan tiba-tiba panggil saya.abang tu pun macam nak ajar saya la.


"dik,klu adik main bola spin adik kena letak bola di dot ketiga atau keempat.baru bola masuk pocket" kakak yang sebelah tu mengiyakan jer.heee


saya pun cuba dan sedikit menjadi.kadang-kadang masuk longkang.lepas baling terus ke belakang.kini giliran kakak tu pula bagi tip kat saya.


"kalau bola adik tak masuk pocket,adik keno pindah la ke kiri atau ke kanan.pindah satu board satu board"


huih saya pening.apa itu dot?.apa itu board?.diorang pun jelaskan kepada saya.setiap kali diorang bagi tip saya terus cuba sambil diorang perhatikan saya.malu juga rasa(mugo tok knal sapo,mari-mari siap ngaja lagi)


saya pun cakap kat diorang"abe,saya main jarang-jarang suka-suka jer." abang tu balas"ok la tu,skill adik baling jadi doh.cuma kalu boleh cuba rendahkan tubuh,kalau bola baling tinggi nanti lari pula target"


tiba-tiba ada seorang baru nak mula main di sebelah saya.kakak tu pun cakap"dik tengok cara dia baling,dia tu bekas player kelantan."


memang cantik lah dia baling angkat bola tinggi tapi tak bunyi pun masa baling.saya pun cuba lagi buat balingan dan si abang bagi pinjam bola dia untuk cuba.mungking bola dia tu hampir rm1000.


saya tanya diorang."abang dan kakak tak pernah masuk tournament ke?"kakak tu jawab" masuk juga,macam-macam hadiah dah menang,hehe" 


abang tu pun sambung "kakak ni duk training dengan shalin *pemain malaysia.tapi sekarang tak boleh main sbb tengah menganduung"


saya macam terkejut.diorang ni pemain profesional kot.diorang pun minta izin dengan saya kerana dah nak pulang.kakak tu bagi kat saya business card dia kat saya."ni no telefon kak miza"


saya terus ucap terima kasih kepada diorang sebab sudi kongsi ilmu walaupun ilmu tentang bowling.saya pun usha business card yang kak miza bagi.tertulis supergold vantage sdn.bhd.pejabat kat selangor dan branch office dekat cabang 4 bayam,lundang.


saya pun tengok nama dan owh saya pun macam terkejut!!(2 kali) "apakah..."..namanya tertulis Datin miza Datuk anis.kalau kakak ni datin,suami sebelah dia adalah datuk.owh orang yang bagi ilmu kat saya dan saya duk pangil "abang" seorang yang ada pangkat datuk rupanya.hehehe


tak kisah lah pangkat datuk atau apa-apa.yang penting sikap positive yang dia tonjolkan menunjukkan diorang ni baik,taksombong,,kan.. siap kongsi tenteng apa yang dia tahu sebab segelintir rakyat malaysia tak suka untuk kongsi ilmu tambahan pula bila ada pangkat atau darjat. 

Saturday, January 8, 2011

Murka Allah

Allah memurkai  manusia yang selalu mengingkari perintah-Nya dan bagi mereka yang mengingkari perintah Allah,akhirat kelak meraka akan disiksa dengan azab yang berat dan dicampakkan ke dalam neraka.                              

Firman Allah:


"Dan di akhirat meraka akan diazab dengan azab yang berat"
al-Maidah:33



Di dunia Allah telah mendatangkan bala bencana sebagai balasan kepada manusia yang lalai akan perintah-Nya.contohnya zaman Nabi Lut,Allah telah menterbalikkan bumi mereka kerana perbuatan meraka yang melakukan hubungan homesexual.

Masalah dan bencana-bencana berlaku sehingga ke hari ini.Tsunami di Aceh pada tahun 2004 yang meragut nyawa 230k dan pada tahun 2010 gempa bumi di Haiti juga mencatat jumlah kematian sehingga 230k.Adakah bencana seperti ini berlaku hanyalah semata-merata untuk megurangkan manusia di bumi ini?..semestinya tidak.

Di malaysia berlaku masalah permbuangan bayi yang amat dasyat.Ramai orang yang menganggap bahawa ini hanya perkara biasa.Tidak!Ini adalah masalah yang perlu diambil berat.Tidak dapat dinafikan bahawa ini adalah kermurkaan dan balasan Allah kepada manusia kerana terlalu bebas melakukan zina, sedangkan Alllah telah memberi peringatan;


وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
“Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk”
                                                                         (al-Israa’:32)

Di Malaysia kita sepatutnya bersyukur kerana belum berlaku  bencana-bencana alam yang besar hingga meragut ratusan ribu nyawa walaupun kita dapat melihat maksiat di negara kita begitu banyak sekali sehinggakan semua yang haram jadi halal.Adakah kita mahu ingat kepada Allah ketika tsunami atau gempa bumi melanda di negara kita ataupun ketika pintu taubat sudah ditutup?Renungkanlah.

wallahu'alam.


p/s-tak layak pula rasa untuk tulis entri gini sbb diri ambo masih lagi banyak kelemahan