Saturday, January 8, 2011

Murka Allah

Allah memurkai  manusia yang selalu mengingkari perintah-Nya dan bagi mereka yang mengingkari perintah Allah,akhirat kelak meraka akan disiksa dengan azab yang berat dan dicampakkan ke dalam neraka.                              

Firman Allah:


"Dan di akhirat meraka akan diazab dengan azab yang berat"
al-Maidah:33



Di dunia Allah telah mendatangkan bala bencana sebagai balasan kepada manusia yang lalai akan perintah-Nya.contohnya zaman Nabi Lut,Allah telah menterbalikkan bumi mereka kerana perbuatan meraka yang melakukan hubungan homesexual.

Masalah dan bencana-bencana berlaku sehingga ke hari ini.Tsunami di Aceh pada tahun 2004 yang meragut nyawa 230k dan pada tahun 2010 gempa bumi di Haiti juga mencatat jumlah kematian sehingga 230k.Adakah bencana seperti ini berlaku hanyalah semata-merata untuk megurangkan manusia di bumi ini?..semestinya tidak.

Di malaysia berlaku masalah permbuangan bayi yang amat dasyat.Ramai orang yang menganggap bahawa ini hanya perkara biasa.Tidak!Ini adalah masalah yang perlu diambil berat.Tidak dapat dinafikan bahawa ini adalah kermurkaan dan balasan Allah kepada manusia kerana terlalu bebas melakukan zina, sedangkan Alllah telah memberi peringatan;


وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
“Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk”
                                                                         (al-Israa’:32)

Di Malaysia kita sepatutnya bersyukur kerana belum berlaku  bencana-bencana alam yang besar hingga meragut ratusan ribu nyawa walaupun kita dapat melihat maksiat di negara kita begitu banyak sekali sehinggakan semua yang haram jadi halal.Adakah kita mahu ingat kepada Allah ketika tsunami atau gempa bumi melanda di negara kita ataupun ketika pintu taubat sudah ditutup?Renungkanlah.

wallahu'alam.


p/s-tak layak pula rasa untuk tulis entri gini sbb diri ambo masih lagi banyak kelemahan 



No comments: