Monday, October 4, 2010

liku-liku semester satu

Alhamdulillah,sem satu telah pun tamat.

Sem satu sem pengenalan yang agak mencabar dan meletihkan di mtqn,susah bagi orang lain memahaminya.Bagi saya,seorang yang sebelum ini tidak pernah menghafal al-qurani memang susah untuk mengejar kawan2 yang sudah jauh dihadapan kerana mereka sebelum ini majoritinya yang sudah menghafal.Saya tidak pernah menyalahkan  mereka kerana itu kelebihan mereka,apa yang dapat saya lakukan hanya terus berusaha untuk menjaga al-quran...sambil menghafal sambil menjaga yang telah dihafal..jangan pula yang dikejar tak dapat yang di kendong berciciran!

*opppsss..sekejap..orang pangil makan pagi dulu..sambung kejap lagi.

SUBJEK

Subjek Qiraat adalah subjek yang paling sukar bagi kami.Saya dan rakan2 harus mengingati rumus2 dan nama2 imam yang terdapat dalam kitab karangan al-shatibi.mungkin sampai sekarang saya belum lagi ingat kesemuanya*haha.

FIQH MANHAJ

subjek ini menjadi masalah kepada saya kerana saya kekurangan vocab bahasa arab..
susah la sikit nak terjemah ke dalam bahasa malaysia..takkanlah setiap perkataan nak cari dalam kamus..memang la boleh.tapi lambat lah.Itulah masalahnya.

PENSYARAH


saya bersyukur kerana ustaz2 di mtqn semuanya cool.*hehe..bagi saya,mereka merupakan ustaz2 yang mempunyai ilmu islam yang luas..apa saja soalan pasti dijawab..kalau tak dapat jawab pun..meraka akan kata.."nanti saya buat rujukan..esok saya jawab.".


SEMESTER DUA


apa yang saya harapkan di semester dua nanti adalah ketenangan dan semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah agar saya dapat menjadi seorang insan yang dapat mencari ilmu dan juga mendapat keredhaanNya.ameen.

sekian.

No comments: