Hari ini hari ke 6 saya sakit mata dan nampak macam belum mahu sembuh.Tak bodohkan ucap alhamdulillah kitika sakit?.Alhamdulillah.Saya kira ini adalah ujian dari Allah dan kaffarah untuk diri saya walaupun hanya sakit mata.Rasulullah kesayangan kita semua bersabda:
"Tidak ada satu musibah pun yang menimpa diri seorang muslim, sama ada berupa kesusahan dan penderitaan, kesedihan dan duka cita mahupun penyakit, bahkan sebatang duri yang menusuk anggota tubuhnya sekalipun melainkan akan dihapuskan Allah sebahagian daripada kesalahan-kesalahannya dengan yang demikian itu." (Hadis Muttafaqun Alaih).
Rahmat disebalik penyakit
Menerima sesuatu penyakit dengan hati yang ikhlas dan sabar akan membuatkan hati kita menjadi tenang dan sentiasa akan mengingati Allah serta merta menghapuskan tekanan yang ada dalam diri kita.Sedar ataupun tidak,iman seseorang itu akan bertambah kukuh dengan mengingati allah dan menerima ujian dari Allah dengan penuh kesabaran dan tanpa merungut,kita telah berjaya menempuhi ujian dari Allah s.w.t.
Tengok filem Ombak Rindu?skrip Lisa Siruhani "Redho itu ikhlas,Pasrah itu menyerah"
Kerana Allah itu Allah
Kita sebagai hambaNya sepatutnya terima saja apa-apa jenis ujian dengan hati yang terbuka.Kita hidup di bumi Allah dengan menggunakan nyawa Allah,menghirup udara Allah,layakkah kita untuk merungut kepada Allah setiap kali kita sakit?Kita duk makan nasi sebiji pun itu hak Allah kerana Allah itu Allah."sohko nok bersyukur,baco bismillah pun dok!".
*Peringatan untuk diri sendiri dan untuk hamba Allah
No comments:
Post a Comment