Friday, November 9, 2012

ampunkan aku,Allah..maafkan aku,sahabat.

Lama sudah tidak bertemu dengannya.

Aku terus ke bilik air untuk menguruskan wajahku agar nampak berseri.

Bila berhadapan dengannya,aku tegur dia,

"Sehatkah?"

Dia membalas, "sehat" beserta dengan wajah yang kurang manis seperti marah kepada aku.

Dia kemudian menghampiri motosikalnya dan terus menunggang membelah jalanraya meninggalkan aku.

Kecewa dan sedih.

Duup,aku tersedar.Ya allah aku bermimpi rupanya.

Mimpi yang memberi kesan kepada saya,walaupun hanya mimpi.

Kami berkawan kerana Allah.Mungkin saya kurang berbaik dengan Allah maka dia tidak ingin berbaik2 dengan saya.

No comments: