Monday, April 30, 2012

Bersih three point zero

Bismillah.

Saya tak tahu apa yang perlu saya ceritakan tentang Bersih 3.0 cuma saya rasakan Bersih 3.0 berjaya dilakukan.saya tak kisah orang nak kata saya semangat lebih atau apa,yang penting saya berdiri ditengah lautan kuning bersama dengan semua jenis golongan orang yang hadir.kanak-kanak,mahasiswa,muslimah,pak cik dan makcik semua turun.

saya tak menyesal walaupun dapat menghirup 'segar' racun berasap,kena kejar polis,jalan jauh.itu semua biasa!lagikan makcik yang datang bersama anak2 kecil mampu buat aku anak muda takkan tak boleh.kenapa mereka sanggup bawa anak2 kecil?fikirlah sendiri.

kami hanya nak duduk bantah saja secara aman tetapi gas pemedih yang kami dapat,air kimia yang kami dapat.saya percaya kalau polis tidak lakukan provokasi pendemo hanya akan duduk bantah secara aman.

pandangan saya rakyat Malaysia masih lagi baik kerana tidak berlaku ganas kepada pihak polis,polis kejar kita lari dan kita tak kejar polis balik walaupun pendemo lebih ramai berganda daripada polis, tapi bukan itu yang kami mahu.

saya tak nak cerita apa yang berlaku kat saya kerana apa yang berlaku kat orang lain saya pun kena cuma saya tak kena pukul dan tangkap je dan saya rasakan Bersih 3.0 merupakan satu menifestasi rakyat untuk melihat proses pilihanraya di Malaysia  bersih dan adil.

"kalu seorang wakil rakyat yang mene pilihanraya dengan cara tipu atau guna pengundi hantu maka cara mene itu berdosa,duit2 gaji hok dia guna pun jadi haram"-tok guru nik aziz

No comments: