Tak kenal maka tak cinta..apabila kenal pasti ada silap yang tak tersengaja,sempena hari yang mulia ini saya menyusun sepuluh jari tangan dan sepuluh jari kaki memohon maaf sekiranya ada kesalahan-kesalahan yang saya lakukan kepada yang mengenali atau tidak mngenali saya.maklumlah bukan nak kacau cuma nak bergurau.
Eid fitri hanya setahun sekali,menyambutnya tanda kemenangan umat islam yang telah penat lelah selama sebulan berpuasa.*penat ke?..semoga sebulan berpuasa kita dapat rahmat daripada Allah,diampunkan dosa,bebas dari api neraka dan yang utama dapat mencari malam qadr.
Pada hari yang mulia ini pastikan anda..
- ke masjid untuk solat sunat hari raya.
- memohon maaf kepada semua yang anda kenali.
- ziaran-menziarahi.
- setelah ziarah..pastikan anda dapat duit raya..boleh buat belanja harian.
- pandu kenderaan anda dengan selamat untuk pastikan anda sampai ke destinasi yang dicari.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN