Tuesday, January 7, 2014

Tahun Baru Yang Baharu

Pada suatu hari, Imam Ghazali sedang berteka-teki dengan anak muridnya, Imam Ghazali bertanyakan kepada muridnya.

“Apakah perkara yang paling jauh dengan kita?”

Murid menjawab.

“China”

“Bulan”

“Matahari”

“Bintang”

Lalu Imam Ghazali berkata.

“Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling tepat adalah masa lalu.”

Seorang hamba, bersyukur kepada Allah adalah satu perkara yang wajib, (kenapa tidak?) Allah menganugerahkan kepada kita setiap perkara yang kita sangat perlukan pada setiap hari. Udara, angin, air dan pelbagai perkara lain lagi.*macam-macam ada, tak perlu bayar lagi tuuu..

Sekarang ini, Allah telah bagi kepada kita untuk menerjah ke tahun baru, tahun 2014. Naik satu tangga, daripada 2013 ke 2014. Tahun ini juga tahun segalanya naik, tol, elektrik, barang dapur termasuk juga hantaran khawin.  Iman saja yang tidak naik-naik. eheh.

Apabila sudah di tahun baru (2014), tahun-tahun yang lama jangan kita tinggalkan begitu saja supaya tahun yang sudah lepas untuk kita bermuhasabah diri kita kerana untuk kembali kepada masa yang lepas tidak mungkin kita mampu. Jika tahun-tahun yang lalu kita seorang yang sudah baik akhlak, maka tingkatkan untuk tahun ini. Jika kita (saya) seorang yang pendosa kepada Allah, maka tahun ini jadikan ianya sebagai tahun permulaan untuk melakukan perubahan (ubah!) sedikit demi sedikit. Sesungguhnya Allah maha pengampun.

Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas kepada diri sendiri. Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni semua dosa-dosa. Zumar:53

 Mana mungkin kita (saya) sebagai seorang hamba yang lemah untuk berubah sekali gus. Sikit sikit lama-lama jadi gunung kinabalu.

Azam baru 

Pesan sahabat, bila kita masuk tahun baru sebaiknya kita niat untuk melakukan perkara yang baik seperti berazam untuk memperbanyakkan perkara sunnah. Benar. Majoriti orang kita (kita?) bila masuk sahaja tahun baru(atau apa-apa berkaitan yang baru) sudah menjadi tradisi untuk berazam. Baguslah, sentiasa ada keinginan untuk ke  arah yang lebih baik.

Perasan atau tidak, jika ditanya sempat atau tidak melakukan azam yang tahun lepas; jawabnya tidak. Ya! Ramai sangat. Berazam tanpa berusaha untuk setelkan azam adalah masalahnya. Itu satu dan yang paling penting ialah tanpa bertawakkal kepada Allah. Seolah azam yang ingin dicapai itu hanya bergantung pada diri sendiri tanpa memohon pertolongan daripada Allah.

Firman Allah.

kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah 
Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. Ali-imran :157

[kredit]


Nah, Allah jua tempat meminta pertolongan. Hanya dengan tawakkal kepadaNya kita juga dikasihi Allah yang maha pengasih.

Semoga Allah memberkati kita untuk tahun sebelum,tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang.

Wallahu’alam.