Pada suatu hari, Imam Ghazali sedang berteka-teki dengan
anak muridnya, Imam Ghazali bertanyakan kepada muridnya.
“Apakah perkara yang paling jauh dengan kita?”
Murid menjawab.
“China”
“Bulan”
“Matahari”
“Bintang”
Lalu Imam Ghazali berkata.
“Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling tepat adalah
masa lalu.”
Seorang hamba, bersyukur kepada
Allah adalah satu perkara yang wajib, (kenapa tidak?) Allah menganugerahkan
kepada kita setiap perkara yang kita sangat perlukan pada setiap hari. Udara,
angin, air dan pelbagai perkara lain lagi.*macam-macam ada, tak perlu bayar
lagi tuuu..
Sekarang ini, Allah telah bagi
kepada kita untuk menerjah ke tahun baru, tahun 2014. Naik satu tangga,
daripada 2013 ke 2014. Tahun ini juga tahun segalanya naik, tol, elektrik, barang
dapur termasuk juga hantaran khawin. Iman
saja yang tidak naik-naik. eheh.
Apabila sudah di tahun baru
(2014), tahun-tahun yang lama jangan kita tinggalkan begitu saja supaya tahun
yang sudah lepas untuk kita bermuhasabah diri kita kerana untuk kembali kepada
masa yang lepas tidak mungkin kita mampu. Jika tahun-tahun yang lalu kita
seorang yang sudah baik akhlak, maka tingkatkan untuk tahun ini. Jika kita
(saya) seorang yang pendosa kepada Allah, maka tahun ini jadikan ianya sebagai
tahun permulaan untuk melakukan perubahan (ubah!) sedikit demi sedikit.
Sesungguhnya Allah maha pengampun.
Wahai
hamba-hambaku yang melampaui batas kepada diri sendiri. Janganlah kamu berputus
asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni semua dosa-dosa. Zumar:53
Mana mungkin kita (saya) sebagai seorang hamba
yang lemah untuk berubah sekali gus. Sikit sikit lama-lama jadi gunung
kinabalu.
Azam baru
Pesan sahabat, bila kita masuk
tahun baru sebaiknya kita niat untuk melakukan perkara yang baik seperti
berazam untuk memperbanyakkan perkara sunnah. Benar. Majoriti orang kita
(kita?) bila masuk sahaja tahun baru(atau apa-apa berkaitan yang baru) sudah
menjadi tradisi untuk berazam. Baguslah, sentiasa ada keinginan untuk ke arah yang lebih baik.
Perasan atau tidak, jika ditanya
sempat atau tidak melakukan azam yang tahun lepas; jawabnya tidak. Ya! Ramai
sangat. Berazam tanpa berusaha untuk setelkan azam adalah masalahnya.
Itu satu dan yang paling penting ialah tanpa bertawakkal kepada Allah. Seolah
azam yang ingin dicapai itu hanya bergantung pada diri sendiri tanpa memohon
pertolongan daripada Allah.
Firman Allah.
kemudian apabila
engkau telah berazam maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah
Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. Ali-imran :157
[kredit] |
Nah, Allah jua tempat meminta pertolongan. Hanya dengan
tawakkal kepadaNya kita juga dikasihi Allah yang maha pengasih.
Semoga Allah memberkati kita untuk tahun sebelum,tahun ini
dan tahun-tahun yang akan datang.
Wallahu’alam.