Tuesday, August 30, 2011

surat untuk ramadhan

Ramadhan 1432 yang dikasihi dan disayangi.mungkin saat ini saat terakhir untuk kita bersama,ye lah..awak dah pergi dah tinggalkan umat islam seluruh dunia.ramai yang menangisi pemergian awak dan mungkin juga ada segelintir yang suka akan pemergian awak.bumi kelantan juga menangisi pemergian awak dengan hujan.

pada saya awak terlalu istimewa kerana awaklah penghulu segala bulan,pada awak diturunkan alquran,pada awak ada lailatul qadr dan pada awaklah pintu2 syurga dibuka seluas2nya.istimewakan awak,beruntunglah umat yang berkawan rapat dengan awak.semoga saya juga tergolong dalam golongan umat tersebut.ameen.

 untuk tahun ini,rasa sedih nak tinggalkan awak.saya rasa saya lebih dekat dengan awak tahun ni berbanding yang lepas.itu yang susah sikit rasanya.demi awak,saya sanggup bangun pukul 4 pagi  semata-mata nak bersama awak.begitu juga umat yang lain bahkan mereka lebih hebat daripada saya.dengki betul!

tahun ni juga saya menempuhi beberapa ujian yang pencipta kita yaitu Allah berikan dan awak telah bersama saya untuk ujian tersebut.saya harap semuanya baik sahaja.Terima kasih Ramadhan.

akhirnya saya doakan semoga kita dapat bertemu lagi tahun hadapan untuk mencari keredhaan Allah s.w.t dunia dan akhirat.ameen








No comments: