Tuesday, August 10, 2010

RAMADHAN

Tidak Lagi Sama
 
  • "bil!!bangun.!!!sahur!!pukul 5 doh ni..hisssshhh!"
     Mungkin pada pagi esok saya tidak akan lagi mendengar suara lantang dilaugkan oleh puteri-puteri Nik Abdullah dari tingkat bawah.*selalunya mekwa dan mekmah
  • Isk!pada tahun ini saya tidak dapat lagi berbuka puasa dengan seorang sahabat saya,zaim.Selalunya saya akan berbuka puasa dengannya di qaryah ramadhan dekat stadium kota bharu.Beliau sekarang ini berada di mesir untuk menyambung pengajiannya dalam bidang perubatan.oh ya!mungkin ini juga tahun terakhir bagi fawaz aizat untuk berpuasa di malaysia kerana beliau akan mengikut jejak zaim.semoga semuanya diredhai Allah.
 Harapan Ramadhan
Bulan ramadhan,awalnya rahmat untuk hambanya,pertengahan pengampunan dosa dan akhir bebas dari api neraka..bulan ramadhan juga pintu syurga dibuka seluas-luas dan pintu neraka di tutup sehingga rapat...subhanallah.

Dalam bulan puasa ini allah 'mengofferkan' kita pahala untuk dijadikan bekalan akhirat kelak.dalam bulan ramadhan ,seperti yang kita semua tahu banyak kelebihan yang ada antaranya dapat menjaga kesihatan badan dan bagi seorang perokok yang mempunyai cita-cita untuk berhenti merokok,inilah masanya!selain itu,kita dapat mengeratkan silaturrahim dengan masyarakat kampung melalui tarawih.

Malam 10 akhir Allah menganugerahkan umat nabi muhammad satu malam yang dipanggil malam al-qadar(lailatul qadr).Allah berfirman

"malam kemulian itu lebih baik daripada seribu malam'*surah al qadr-ayat 3

 carilah lailatul qadr dengan beribadah pada setiap malam pada bulan ramadhan.

"SAYANGILAH 30 HARI DALAM BULAN RAMADHAN"



1 comment: