Friday, July 2, 2010

Tidak nampak berlian di depan mata

masa berlalu dengan pantas,seminggu cuti rasa sekejap saja.sebelum aku kembali ke pusat pengajian,ingin aku post satu cerita yang memberi pengajaran untuk kita semua.

tidak jauh dari sungai indus,suatu masa dahulu.hidup seorang lelaki yang bernama Ali hafiz bersama keluarganya.beliau memiliki ladang dan dusun yang luas dan boleh dianggap sebagai orang kaya.setiap malam beliau sentiasa bersyukur kepada Allah dengan nikmat yang diperolehi dan sentiasa dapat tidur dengan nyenyak.

pada suatu hari,seorang lelaki yang banyak mengkaji kisah2 silam datang menziarahi Ali hafiz.beliau mencerita berlian terjadi dan berkata

"apabila kamu berjaya memiliki berlian sebesar ibu jari,kamu mampu membeli sebuah negara."

sejak hari itu,ali tidak dapat tidur dengan nyenyak lagi dan beliau lupa bersyukur.setiap masa beliau termenung dan memikirkan untuk mendapat berlian.akhirnya beliau memutuskan untuk menjual kesemua hartanya dan merantau untuk mencari berlian.beliau merantau ke bumi palestin,menjelajahi eropah dan akhirnya tiba di teluk barcelona dalam keadaan miskin.namun berlian yang dicari tidak dijumpai.akhirnya beliau berputus asa dan kecewa lalu mencampakkan dirinya ke dalam laut.

berbalik kepada dusun yang telah dijual,pada suatu hari pemilik yang baru bersiar2 di dusunnya kemudian berhenti di tepi sebatang sungai.beliau berasa pelik kerana pasir di sungai itu kelihatan bersinar2.beliau pun mencedok pasir itu kemudian menunjukkan kepada lelaki yang banyak mengkaji kisah2 silam.lelaki itu terkejut besar kerana pasir itu mengandungi berlian yang bernilai tinggi yang dicari oleh ali hafiz selama ini.ali hafiz membuang masa,wang dan tenaga untuk keluar mancari berlian yang selama ini berada di dalam ladangnya.wallahuaklam.

jika dilihat sepintas lalu,umat islam hari ini boleh dibaratkan seperti ali hafiz yang keluar merantau mencari kemulian agama dan budaya lain kerana mereka tidak menyedari islam adalah lombong berlian yang tidak ada tolok bandingan dengan agama2 lain.mereka mengagumi barat yang bercanggah dengan islam dan berbangga dengan kehidupan bebas.apabila meraka lemas dan hancur,baru mereka sedar kemuliaan,keunggulan dan kebahagiaan ada pada islam.

sesetengah yang lain pula, ada yang menyifatkan diri mereka itu lemah.meraka tidak mengenali kehebatan dan potensi diri sendiri.selalunya apabila diberi tugasan untuk dilakukan, akan ada yang bunyi "ala..aku tak boleh buat la..aku ni lemah la".ingat!!orang yang lemah adalah orang yang mengaku dirinya lemah sebelum terbukti dirinya benar2 lemah.

p/s;kebun yang pada asalnya dimiliki oleh ali hafiz bertukar menjadi lombong berlian yang besar yang dikenali pada hari ini sebagai lombong golcanda.

4 comments:

AtikAh said...

Atikah likes this.
thx 4 sharing :)

ani said...

ani too..
nice n buat dr ni berfikir balik..
hermm...

Niknabil Abdullah said...

nabil too~~

Niknabil Abdullah said...
This comment has been removed by the author.