Friday, February 4, 2011

solidariti mesir

hari ini hari yang ke 11 demontrasi oleh rakyat mesir yang  mendesak hosni mubarak letak jawatan sebagai presiden walaupun hari yang ke 11,kemarahan rakyat mesir semakin berkembang dan meraka tidak pernah gentar untuk terus bangkit menentang kezaliman.saya kagum dengan mereka!

khamis lalu saya menghubungi dua orang sahabat saya yang berada di mansurah,fawaz dan hani.Alhamdulillah.mereka masih lagi selamat dan hanya menunggu untuk dibawa pulang ke tanah air.senior saya yang menyambung pelajaran di shaubro menceritakan berlaku kejadian sembelih orang di kawasan rumah sewanya

ada juga pelajar malaysia yang tidur bertemankan pisau dan air semburan berlada sebagai langkah berjaga-jaga daripada perompak.menggerunkan!!.sentiasa dalam ketakutan.dengar ceita ada juga pelajar malaysia mati,dirogol, dan ditangkap.entah la betul atau tidak.harapnya tidak.semoga Allah menjaga mereka.

pelajar malaysia alhamdulillah dapat menikmati makanan dan minuman.tapi bagi rakyat mesir yang berada di tanah airnya sendiri tidak dapat makan dan minum kerana bekalan habis.penjual pula mula mengambil kesempatan menaikkan harga yang tinggi.*lebih tinggi dari gunung everest.anak-anak kecil yang tidak tahu apa-apa juga menjadi mangsa keadaan.saya hanya mampu berdoa kepada mereka.

ini semua angkara hosni mubarak yang keras kepala.hosni mubarak seorang yang penuh dengan dosa terhadap rakyatnya juga terhadap manusia yang dizaliminya.hosni mubarak berdosa dulu kini dan selamanya.*kalau dia tidak bertaubat la.

Adakah rakyat  malaysia akan meniru langkah rakyat mesir untuk bangkit?
israel news meramalkan TIDAK!

"ya allah selamatkanlah mesir dan seluruh isinya kerana engkau sebaik-baik penyelamat"





No comments: