Monday, April 30, 2012

Bersih three point zero

Bismillah.

Saya tak tahu apa yang perlu saya ceritakan tentang Bersih 3.0 cuma saya rasakan Bersih 3.0 berjaya dilakukan.saya tak kisah orang nak kata saya semangat lebih atau apa,yang penting saya berdiri ditengah lautan kuning bersama dengan semua jenis golongan orang yang hadir.kanak-kanak,mahasiswa,muslimah,pak cik dan makcik semua turun.

saya tak menyesal walaupun dapat menghirup 'segar' racun berasap,kena kejar polis,jalan jauh.itu semua biasa!lagikan makcik yang datang bersama anak2 kecil mampu buat aku anak muda takkan tak boleh.kenapa mereka sanggup bawa anak2 kecil?fikirlah sendiri.

kami hanya nak duduk bantah saja secara aman tetapi gas pemedih yang kami dapat,air kimia yang kami dapat.saya percaya kalau polis tidak lakukan provokasi pendemo hanya akan duduk bantah secara aman.

pandangan saya rakyat Malaysia masih lagi baik kerana tidak berlaku ganas kepada pihak polis,polis kejar kita lari dan kita tak kejar polis balik walaupun pendemo lebih ramai berganda daripada polis, tapi bukan itu yang kami mahu.

saya tak nak cerita apa yang berlaku kat saya kerana apa yang berlaku kat orang lain saya pun kena cuma saya tak kena pukul dan tangkap je dan saya rasakan Bersih 3.0 merupakan satu menifestasi rakyat untuk melihat proses pilihanraya di Malaysia  bersih dan adil.

"kalu seorang wakil rakyat yang mene pilihanraya dengan cara tipu atau guna pengundi hantu maka cara mene itu berdosa,duit2 gaji hok dia guna pun jadi haram"-tok guru nik aziz

Tuesday, April 10, 2012

Van persie jadi seksi

salam.

Post kali ini saya nak ceritakan sikit kisah saya..ye la kan..takkan nak ceritakan kisah orang lain pulak..ngumpat la jadinya..hehe.diorang ada blog sendiri..diorang cerita la sendirikan..huahuahua..ok cukup.haritu saya dan kawan saya pergi la tengok bola,rasanya masa tu Arsenal Vs Qpr.kitaorang tengok tempat biasala kitaorang duk tengok selalu di medan selera kawasan Panchor.

Biasalakan  medan selera selalunya pelayan kedai orang perempuan dan pakai pun kurang sopan sikit la(walaupun MPKB-BRI dah warning).ada sorang kakak ni(pelayan kedai),dia tak pakai tudung dan bajunya agak ketat la sikit.masa kitaorang duk tengok bola dia duk dekat tempat casher depan sikit pada saya.

Nak dijadikan cerita,masa tu van persie(pemain arsenal) dikawal ketat oleh pemain Qpr.saya pun katala kat kawan saya,

"ketatnyo ore jago van persie"

Tak sampai seminit pun tiba-tiba jer kakak tadi tu masuk dalam kedai dan selang beberapa minit kakak tu keluar balik dengan pakai tudung.Saya agak pelik sebab kalau tiba-tiba pelayan kedai pakai tudung tandanya ada pegawai MPKB buat rush,tapi saya intai sini sana takde pun.Takpa,saya pun sambung la tengok bola.

Saya terperasan kawan saya duk suka..ekekekeke..bunyinya lebih kurang macamtu la.hehe.Saya tanya,

"bakpo mu suko sa?"

dia jawab,
"kakak tu dengar mu oyak ado ore pakai ketat seksi"

saya pun tergamam,
"huh jolo eh,dio silap dengar tu kot..haha,nok kata lagi buleh dop?"

Kesimpulannya,hidayah itu milik Allah dan kepada sapa dia nak bagi dia buleh bagi tak kira masa mana cara mana sekali pun.sekian.

p/s-Arsenal kalah malam tu,2-1..kecewa~~