Thursday, April 30, 2009

robotic+exam+kesuma

1."kami nak ke korea"..ya!!..itulah harapan dan impian geng robotic mml tahun ini..tahun ini pertandingan akhir robotic akan berlangsung di pohang korea..pagi tadi aku,farhan,izul dan yahya bersama cg.nazley ke sekolah sains machang untuk briefing pasal robotic..tapi hampeh apabila sepatutnya cg. pengiring shj pergi..hehe..tapi tak pe..cg nazley belanja makan 'dekat' new horizon tadi..hehe

izul menjangka 90% mml akan menang peringkat negeri kelantan..dan insyaallah akan menag di peringkat malaysia..mml mempunyai saingan yang hebat daripada sekolah lain..terutamanya daripada sekolah kampung laut,kelantan..tahun lepas mml mendapat no 3 dan kampung laut mendapat tempat pertama dan kedua dalam beberapa ketagori..sekolah kampung laut juga pernah mewakili malaysia ke peringkat dunia di taiwan dua tahun lepas..

mungkin tahun ini giliran kami untuk mewakili malaysia ke korea..insyaallah.

2.selain daripada mencapai impian ke korea..aku juga tak lupa akan pelajaran..erm..exam pertengahan tahun tak lama lagi..10/5/09..erm..sempatkah aku nak buat persediaan..insyaallah..dengan adanya guru2 dan kawan2 aku yg memang the best..aku sempatlah..aku takkan salahkan guru2 atau kawan2 atau keluarga aku kalau aku tak berjaya nanti..aku akan salahkan aku..

untuk exam pertengahan tahun ni..aku tak target tinggi untuk markah..aku hanya target 70% ke 75%..kalau lebih tu..alhadumlillah lah.. bukan apa..aku hanya target setakat aku yang mampu..kalau target lebih pula..nanti kalau tak dapat..kecewa nanti..hehe..apa pun..all the best untuk aku..

3.selepas exam..cuti..maka dalam masa cuti..akan berlangsung satu pesta sukan yg diringkaskan namanya menjadi KESUMA..rasa2 nama panjangnya kejohanan sukan sekolah agama malaysia..yg ni akan berlangsung bulan jun dan pada tahun ini kelantan mejadi tuan rumah..semua sekolah agama di malaysia akan mengambil bahagian..

pemilihan atlet bagi wakil negeri kelantan sudah dipilih..semuanya majoriti daripada mml..MML IS THE BEST!!..hehe..(untuk yang lelaki la)

owh..sebelum saya terlupa..hari sabtu depan..9/5..mml akan melancarkan majlis mahad gemilang yg akan dilancarkan oleh tok guru nik aziz..rasanya semua dijemput hadir..

No comments: