aku cemburu ya allah melihat hamba mu yang begitu hebat mencari cintamu!
---------------------
Andaikan diriku bisa
Seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai
Aku lemah tanpaMu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Yaa Allah
Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi
Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku Cinta Allah
---------------------
Monday, October 17, 2011
Tuesday, August 30, 2011
surat untuk ramadhan
Ramadhan 1432 yang dikasihi dan disayangi.mungkin saat ini saat terakhir untuk kita bersama,ye lah..awak dah pergi dah tinggalkan umat islam seluruh dunia.ramai yang menangisi pemergian awak dan mungkin juga ada segelintir yang suka akan pemergian awak.bumi kelantan juga menangisi pemergian awak dengan hujan.
pada saya awak terlalu istimewa kerana awaklah penghulu segala bulan,pada awak diturunkan alquran,pada awak ada lailatul qadr dan pada awaklah pintu2 syurga dibuka seluas2nya.istimewakan awak,beruntunglah umat yang berkawan rapat dengan awak.semoga saya juga tergolong dalam golongan umat tersebut.ameen.
untuk tahun ini,rasa sedih nak tinggalkan awak.saya rasa saya lebih dekat dengan awak tahun ni berbanding yang lepas.itu yang susah sikit rasanya.demi awak,saya sanggup bangun pukul 4 pagi semata-mata nak bersama awak.begitu juga umat yang lain bahkan mereka lebih hebat daripada saya.dengki betul!
tahun ni juga saya menempuhi beberapa ujian yang pencipta kita yaitu Allah berikan dan awak telah bersama saya untuk ujian tersebut.saya harap semuanya baik sahaja.Terima kasih Ramadhan.
akhirnya saya doakan semoga kita dapat bertemu lagi tahun hadapan untuk mencari keredhaan Allah s.w.t dunia dan akhirat.ameen
pada saya awak terlalu istimewa kerana awaklah penghulu segala bulan,pada awak diturunkan alquran,pada awak ada lailatul qadr dan pada awaklah pintu2 syurga dibuka seluas2nya.istimewakan awak,beruntunglah umat yang berkawan rapat dengan awak.semoga saya juga tergolong dalam golongan umat tersebut.ameen.
untuk tahun ini,rasa sedih nak tinggalkan awak.saya rasa saya lebih dekat dengan awak tahun ni berbanding yang lepas.itu yang susah sikit rasanya.demi awak,saya sanggup bangun pukul 4 pagi semata-mata nak bersama awak.begitu juga umat yang lain bahkan mereka lebih hebat daripada saya.dengki betul!
tahun ni juga saya menempuhi beberapa ujian yang pencipta kita yaitu Allah berikan dan awak telah bersama saya untuk ujian tersebut.saya harap semuanya baik sahaja.Terima kasih Ramadhan.
akhirnya saya doakan semoga kita dapat bertemu lagi tahun hadapan untuk mencari keredhaan Allah s.w.t dunia dan akhirat.ameen
Thursday, June 2, 2011
never forget the 31st of May 2010
post ini didedikasikan kepada sukarelawan yang berada di atas kapal mavi marvara ketika tentera israel membuat serangan ke atas kapal mavi marvara tahun lalu.seramai 9 orang yang shahid ketika serangan dilakukan.Semoga Allah tempatkan meraka bersama para shuhada yang lain.amiin.
sanggupkah kita lupa peristiwa yang berlaku ke atas mereka.walaupun dipukul,ditetak,diikat,malah ada yang ditembak namun tidak terasa siksa sakitnya.bagi mereka,semua itu hanya seperti gigitan serangga kecil yang mengganas.
وأنا أعرف أن فلسطين ستكون حرة
I know, that Palestine will be free
sanggupkah kita lupa peristiwa yang berlaku ke atas mereka.walaupun dipukul,ditetak,diikat,malah ada yang ditembak namun tidak terasa siksa sakitnya.bagi mereka,semua itu hanya seperti gigitan serangga kecil yang mengganas.
"Ya Allah,tetapkanlah diriku bersama perjuangan meraka dengan penuh ikhlas dan hadirkanlah sifat berani dalam diriku untuk menentang musuh-musuh mu.amiin"
وأنا أعرف أن فلسطين ستكون حرة
I know, that Palestine will be free
ALFATIHAH
Saturday, April 30, 2011
bukan macam orang lain
owh..sem baru dah nak buka tapi juzuk-juzuk yang hafal sebelum ni tak cover lagi.hhmmmm..susahnya nak hafal al-quran lagi susah nak jaga al-quran.saya tak salahkan al-quran dan saya tak pernah salahkan takdir untuk saya belajar aliran al-quran,saya cuma salahkan saya!
saya sering berfikir kenapa allah takdirkan saya untuk hafal al-quran,jawapannya allah saja yang tahu dan inilah yang terbaik bagi saya.
aura al-quran lebih hebat daripada seorang kekasih yang cintakan kekasih,jelas!tak pandang sekejap pun lari,tak jumpa sekejap pun lari.mungkin hanya orang yang mampu dapat menjaganya,adakah saya mampu?saya akan tepuk dada dan tanya iman saya!
ramai yang tidak percaya bila saya cakap saya menghafal al-quran.saya terima saja(terpaksa terima)mungkin penampilan saya,sikap saya,cara saya dan segala-galanya saya tak sama seperti orang menghafal al-quran..ok saya akui dan mungkin kawan-kawan saya akan faham kenapa sebab mereka kenal saya.saya bukanlah alim sangat semasa sekolah dan saya seorang yang gila-gila*bukan gila deh..tapi saya baik*kawan saya cakap la..hehe.
orang marah kalau penghafal al-quran pakai seluar jeans(orang malaysia la...)jadi saya dah tak pakai dah seluar jin2 ni..saya pakai seluar saya la..cuma gelagat saya,perangai gila-gila saya tu susah sikit la..maklumlah dah terbiasa..gila-gila pun tak pernah melanggar syariat islam tau..no touching2 girls!hehe
saya sangat gembira kuasa infiniti apa yang saya lakukan sekarang ni walaupun segelintir orang yang masih belum dapat hidayah cakap"pah nok kijo gapo ngapa quran neh".
kata uztaz saya"korang semo tok srupo ore lain doh bilo ngapal quran..hanya orang yang terpilih dapat lakukan"
Friday, February 4, 2011
solidariti mesir
hari ini hari yang ke 11 demontrasi oleh rakyat mesir yang mendesak hosni mubarak letak jawatan sebagai presiden walaupun hari yang ke 11,kemarahan rakyat mesir semakin berkembang dan meraka tidak pernah gentar untuk terus bangkit menentang kezaliman.saya kagum dengan mereka!
khamis lalu saya menghubungi dua orang sahabat saya yang berada di mansurah,fawaz dan hani.Alhamdulillah.mereka masih lagi selamat dan hanya menunggu untuk dibawa pulang ke tanah air.senior saya yang menyambung pelajaran di shaubro menceritakan berlaku kejadian sembelih orang di kawasan rumah sewanya
ada juga pelajar malaysia yang tidur bertemankan pisau dan air semburan berlada sebagai langkah berjaga-jaga daripada perompak.menggerunkan!!.sentiasa dalam ketakutan.dengar ceita ada juga pelajar malaysia mati,dirogol, dan ditangkap.entah la betul atau tidak.harapnya tidak.semoga Allah menjaga mereka.
pelajar malaysia alhamdulillah dapat menikmati makanan dan minuman.tapi bagi rakyat mesir yang berada di tanah airnya sendiri tidak dapat makan dan minum kerana bekalan habis.penjual pula mula mengambil kesempatan menaikkan harga yang tinggi.*lebih tinggi dari gunung everest.anak-anak kecil yang tidak tahu apa-apa juga menjadi mangsa keadaan.saya hanya mampu berdoa kepada mereka.
ini semua angkara hosni mubarak yang keras kepala.hosni mubarak seorang yang penuh dengan dosa terhadap rakyatnya juga terhadap manusia yang dizaliminya.hosni mubarak berdosa dulu kini dan selamanya.*kalau dia tidak bertaubat la.
Adakah rakyat malaysia akan meniru langkah rakyat mesir untuk bangkit?
israel news meramalkan TIDAK!
"ya allah selamatkanlah mesir dan seluruh isinya kerana engkau sebaik-baik penyelamat"
Sunday, January 23, 2011
ilmu di jalanan
Ok,hari ni saya dapat berbowling untuk kali pertama pada tahun 2011 dan dapat main bowling murah.rm 2.00 jer per game,itu pun sebab hari ini MTQN cuti sempena hari maik kelmarin dan cuti diganti pada hari ini. Sebelum main bowling pusing kbmall satu round.berseorangan!boring!kalau dulu ada juga fawaz,nazri,aziz,asri,pokjak,juden,pe dan yang lain.ada diorang,tak mahu yang lain~~(sukala)
selesai pusing,masuk pacific bowl.bayar untuk 3 game rm 7.30.siap setting semua,buat balingan pertama,alah dapat spare jer.sampai balingan ke lima abang yang duduk lane sebelah saya tegur
"dik,bola tu letak rendah sikit"
abang kat sebelah baru jer siap main,siap dah simpan semua perkakas bowling dia.dia datang berdua dengan isteri dia kot.tapi kakak tu tak main.
saya terus baling dan cuba la seperti abang tu cakap.ok la..habis baling saya pandang kat dia *senyum dan dia pun *senyum.
main game kedua diorang masih lagi ada kat belakang saya,diorang masih perhati saya baling dan tiba-tiba panggil saya.abang tu pun macam nak ajar saya la.
"dik,klu adik main bola spin adik kena letak bola di dot ketiga atau keempat.baru bola masuk pocket" kakak yang sebelah tu mengiyakan jer.heee
saya pun cuba dan sedikit menjadi.kadang-kadang masuk longkang.lepas baling terus ke belakang.kini giliran kakak tu pula bagi tip kat saya.
"kalau bola adik tak masuk pocket,adik keno pindah la ke kiri atau ke kanan.pindah satu board satu board"
huih saya pening.apa itu dot?.apa itu board?.diorang pun jelaskan kepada saya.setiap kali diorang bagi tip saya terus cuba sambil diorang perhatikan saya.malu juga rasa(mugo tok knal sapo,mari-mari siap ngaja lagi)
saya pun cakap kat diorang"abe,saya main jarang-jarang suka-suka jer." abang tu balas"ok la tu,skill adik baling jadi doh.cuma kalu boleh cuba rendahkan tubuh,kalau bola baling tinggi nanti lari pula target"
tiba-tiba ada seorang baru nak mula main di sebelah saya.kakak tu pun cakap"dik tengok cara dia baling,dia tu bekas player kelantan."
memang cantik lah dia baling angkat bola tinggi tapi tak bunyi pun masa baling.saya pun cuba lagi buat balingan dan si abang bagi pinjam bola dia untuk cuba.mungking bola dia tu hampir rm1000.
saya tanya diorang."abang dan kakak tak pernah masuk tournament ke?"kakak tu jawab" masuk juga,macam-macam hadiah dah menang,hehe"
abang tu pun sambung "kakak ni duk training dengan shalin *pemain malaysia.tapi sekarang tak boleh main sbb tengah menganduung"
saya macam terkejut.diorang ni pemain profesional kot.diorang pun minta izin dengan saya kerana dah nak pulang.kakak tu bagi kat saya business card dia kat saya."ni no telefon kak miza"
saya terus ucap terima kasih kepada diorang sebab sudi kongsi ilmu walaupun ilmu tentang bowling.saya pun usha business card yang kak miza bagi.tertulis supergold vantage sdn.bhd.pejabat kat selangor dan branch office dekat cabang 4 bayam,lundang.
saya pun tengok nama dan owh saya pun macam terkejut!!(2 kali) "apakah..."..namanya tertulis Datin miza Datuk anis.kalau kakak ni datin,suami sebelah dia adalah datuk.owh orang yang bagi ilmu kat saya dan saya duk pangil "abang" seorang yang ada pangkat datuk rupanya.hehehe
tak kisah lah pangkat datuk atau apa-apa.yang penting sikap positive yang dia tonjolkan menunjukkan diorang ni baik,taksombong,,kan.. siap kongsi tenteng apa yang dia tahu sebab segelintir rakyat malaysia tak suka untuk kongsi ilmu tambahan pula bila ada pangkat atau darjat.
Saturday, January 8, 2011
Murka Allah
Allah memurkai manusia yang selalu mengingkari perintah-Nya dan bagi mereka yang mengingkari perintah Allah,akhirat kelak meraka akan disiksa dengan azab yang berat dan dicampakkan ke dalam neraka.
Firman Allah:
وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
“Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk”
(al-Israa’:32)Di Malaysia kita sepatutnya bersyukur kerana belum berlaku bencana-bencana alam yang besar hingga meragut ratusan ribu nyawa walaupun kita dapat melihat maksiat di negara kita begitu banyak sekali sehinggakan semua yang haram jadi halal.Adakah kita mahu ingat kepada Allah ketika tsunami atau gempa bumi melanda di negara kita ataupun ketika pintu taubat sudah ditutup?Renungkanlah.
wallahu'alam.
p/s-tak layak pula rasa untuk tulis entri gini sbb diri ambo masih lagi banyak kelemahan
Subscribe to:
Posts (Atom)